Sila klik untuk derma

Tuesday 3 January 2012

Ultrabook yang tersangat 'sejuk'

Untuk post kali ini aku nak menceritakan sedikit mengenai trend komputer terkini iaitu Ultrabook. Istilah Ultrabook merupakan istilah yang digunakan untuk mendefinasikan laptop atau notebook yang super ringan dan super nipis. Juga istilah ini pada asalnya adalah trademark Intel sebagai nama panggilan untuk gadget terbaru yang super cool ini.





Sebut saja iPad tentu semua orang akan tahu apa itu iPad. Tak perlu nak di ceritakan lagi apa itu iPad kerana keunikannya didalam kategori tersendiri. Kepada anda yang ingin mengetahui betapa revolusi iPad yang hebat itu boleh lah baca entry iPad – Apple Membina Sepenuhnya Keunikan Tersendiri.
Kesan atau bahang yang di bawa oleh Apple dengan terlancarnya iPad telah memberikan kesan kepada industri komputer notebook. Ini kerana saiz notebook atau paling kurang netbook agak besar, tebal dan berat pula. Ipad telah memberikan satu kemudahan dan keringkasan kepada pengguna sepenuhnya.


Menyedari akan hakikat ini Intel telah melancarkan versi baru notebook komputer yang dipanggil ultrabook. Ia telah direka bina dengan ketebalan yang nipis, ringan walaupun mempunyai saiz yang bersamaan dengan notebook.
Ketika pengeluar-pengeluar komputer mengubah corak pengeluran kepada tablet pc, mereka juga sekarang mempunyai produk ultrabook yang hebat untuk di pasarkan. Ciri-ciri yang ada pada ultrabook tidak jugak kurang hebatnya walaupun telah di nipiskan saiznya.
Dengan kehadiran ultrabook, syarikat pengeluar seperti Lenovo, Asus, Acer, Samsung, Sony dan lain-lain lagi tidak lagi akan terasa terganggu dengan permintaan yang tinggi keatas iPad. Ini kerana pengguna akan mempunyai pilihan ketika hendak membeli.

0 comments: