Sila klik untuk derma

Thursday, 12 January 2012

Bersampan Ke Masjid Untuk Berjumaat

Pada hari Jumaat ini sementara kita bersiap-sedia untuk pergi solat Jumaat, samada berkereta, naik motor atau berjalan kaki, ada satu kawasan di Pantai Timur terpaksa menaiki sampan untuk bersolat Jumaat. Ini yang terjadi terhadap penduduk kampung Simpangan Hilir, Tumpat Kelantan.

Jumlah mangsa banjir di kampung itu dijangka bertambah berikutan paras air Sungai Golok semakin meningkat.

Penduduk terpaksa menaiki bot berenjin dan mendayung sampan secara bergilir-gilir dan terpaksa turun di pintu masjid selepas pekarangan masjid ditenggelami air sedalam kira-kira tiga meter.




Sumber: Metro

0 comments: