Pengeluaran opium Afghanistan telah meningkat secara mendadak selepas
kejatuhan Taliban dan pencerobohan NATO pada tahun 2001. Sebelum ini, Taliban telah mengharamkan penanaman opium di Afghanistan
dan berjaya menurunkan penanaman opium kpd kadar mininum.
Data
UNODC menunjukkan penambahan dalam penanaman poppy untuk opium dalam 4
musim penanaman (2004-2007), lebih tinggi setiap tahun berbanding semasa
pemerintahan Taliban. Dalam tahun
2007, 93% daripada dadah yang berasaskan opium (opiates) di dalam
pasaran dunia berasal dari Afghanistan. Ini bulan satu kebetulan.
Seperti yang telah didokumenkan Hamid Karzai, seorang panglima perang
Pushtun dari puak Popalzai, telah lama
berkhidmat dengan CIA, dibawa kembali pulang dari USA, dengan gambaran
gemilang Hollywood sebagai seorang pemimpin yang berani berjuang
mempertahankan bangsanya. Mengikut sumber-sumber Afghan, Karzai adalah
“godfather” opium Afghanistan.
Mengapa Opium
Pertama untuk memulihkan dan mengawal bekalan opium terbesar dunia di pasaran dadah heroin dunia dan menggunakan
dadah sebagai senjata geopolitik terhadap musuh amerika, khususnya
Russia.
Kedua, pengawalan pasaran dadah Afghan itu juga perlu untuk membantu
mafia-mafia kewangan Wall Street yang muflis dan bankrap.
Apa itu Opium
Opium sebenarnya berasal dari perkataan Yunani yang bererti seri buah. Di Nusantara, opium dikenali sebagai candu, madat atau apiun.
Tiga jenis dadah yang boleh dikategorikan dalam dadah jenis opium ini adalah candu, morfin dan heroin.
Penghasilan
Candu dihasilkan daripada buah popi muda .Candu mentah : getah berwarna putih yang keluar hasil dari torehan
buah popi muda . Ia kemudiannya bertukar menjadi pekat dan berwarna
coklat bila terdedah.
Morfin ialah sejenis alkoloid yang diperolehi dari candu mentah.
Heroin ialah dihasilkan dari Morfin melalui proses kimia dan memberikan 20-25 kali lebih kuat dari Morfin.
0 comments:
Post a Comment