Sila klik untuk derma

Thursday 12 January 2012

7 Tempat Betul Paling Senang Untuk Anda Dirompak


The Souk 
Ialah pasar di Marrakesh yang terkenal di dunia iaitu salah satu bandaraya ajaib terakhir di Maghribi. Ia meliputi dataran "Jamaa El Fna," iaitu tempat yang paling ideal untuk pencerita lisan, ahli muzik dan penjaja ubat dan barang-barang. Hanya di belakangnya dapat dilihat pintu masuk ke Souk. Amat mustahil untuk meninggalkan pasar ini tanpa membeli tali pinggang, karpet atau selendang. Oleh kerana kemiskinan yang melampau yang melebihi separuh daripada populasi, keadaan the souk yang sibuk dengan urusan perniagaan boleh bertukar kepada aktiviti rompakan dan penculikan yang tidak terbilang.





Las Ramblas (Barcelona)
Las Ramblas adalah jantung kepada Barcelona. Dibuka sejak dari awal pagi, ia adalah sebuah tempat untuk orang tempatan dan juga pelancong bersama-sama menikmati kiosk, gerai bunga dan gerai binatang. Jalan yang lurus merentangi bandaraya dengan pelbagai hiasan ini, menjadikan ianya satu permandangan yang cantik kepada pengunjung (pada siang hari). Pada sebelah malam pula, permandangannya berubah sepenuhnya, terutama di sebelah hujung selatan Ramblas yang mana dipenuhi cahaya lampu merah dengan pengedar dadah dan pelacur yang ada di mana-mana. Masih lagi menghiburkan, namun ianya tidak begitu selamat untuk anda.

Bandaraya Mexico
Mexico mempunyai kadar jenayah yang amat tinggi walaupun kebanyakkan darinya berlaku di kawasan yang dihindari oleh para pelancong. Di sana juga menunjukkan data jenayah teksi yang semakin meningkat, jadi selalulah bertanyakan lesen kepada mereka sebelum naik. Anda semestinya akan dirompak, atau lebih teruk lagi jika menggunakan pengangkutan awam pada malam hari. Jadi jangan!.


Moscow
Ibukota kepada dinasti tzar, tempat tinggal kepada monumen lama yang mempunyai kisah lagenda yang hebat, namun kota ini juga membawa bersamanya komunisme dan kemiskinan. Kebanyakkan penduduk tidak menggunakan sistem pengangkutan awam kerana takut mereka akan dirompak atau diculik.


Dollis Hill
Dolis Hill ialah kawasan di barat laut Londan berdekatan dengan Kilburn dan bersebelahan dengan Neasden. Seorang kepada kawan kepada kawan aku pernah menetap di Dollis Hill lebih kurang 3 bulan dan telah dirompak sebanyak 4 kali. Bagi beliau, perkara ini tidak perlu diperbesar-besarkan.


Favelas (Brazil)
Favela ialah bahasa Portugis yang bermaksud bandar setinggan. Salah satu yang tersohor adalah di Rio de Jeneiro, namun Favelas wujud hampir di semua bandar raya besar Brazil. Ia biasanya diduduki secara haram dan juga terhasil daripada pengagihan kekayaan negara yang tidak sama rata. Keadaan tempat ini yang menyeramkan dan asing menyebabkan sesiapa yang tidak biasa akan mengigil seperti dikejar hantu. Anda dinasihatkan supaya menjauhi Favela pada malam hari, atas apa-apa tujuan sekalipun..

0 comments: