Sedikit review untuk Buku berjudul Confessions of an Economic Hit Man ditulis oleh John Perkins diterbitkan pada tahun 2004. Selama aku hidup di alam sementara ini, buku ni aku rasa paling bermanfaat untuk mengaktifkan otak aku yang agak lemau.
Buku non-fiction ni mengisahkan seorang bekas ejen Amerika atau ejen NSA (National Security Agency) atau lebih mudah lagi ejen CIA yang membuat pengakuan benar dan menterjemahkan segala isi hati yang dipendam ke dalam sebuah buku. Menurut Perkins, dia memulakan penulisan Confessions of an Economic Hit Man sejak tahun 1980, namun "ancaman dan ugutan sering kali menggagalkan penulisannya".
Berdasarkan buku ini, tugas Perkins adalah untuk meyakinkan ahli politik dan ketua keewangan negara kurang maju untuk menerima loan pembangunan tinggi gila daripada institusi seperti World Bank dan USAID. (Mahathir yang diagung-agungkan adalah salah seorang mangsa) Dengan dibebani hutang melampau yang telah dijangkakan tidak mampu dilunaskan, negara peminjam akan akur dengan tekanan politik Amerika Syarikat dari pelbagai isu.
Dalam buku ini pelbagai negara telah Perkins lawati untuk misi sulit beliau antaranya Indonesia, Panama, Arab Saudi, Iran dan lain-lain. Aku pun dah ingat-ingat lupa sebab aku baca buku ni 3 tahun lepas. Untuk mengetahui lebih lanjut boleh tgk kat sini atau beli dan baca buku tu by yourself. Sure tak rugi kalau anda seorang yang suka berfikir.
Minggu lepas masa aku melilau di kedai buku popular aku terjumpa buku ni dalam terjemahan bahasa melayu. Dumbshit.
Juga boleh layan siri economic hitman versi kartun.
0 comments:
Post a Comment