Walaupun tidak semua belajar atau bekerja dalam bidang kejuruteraan, tapi teknologi kejuruteraan sebenarnya amatlah menarik untuk kita terokai. Kadang-kadang teknologi ini menyebabkan kita menjadi shock seketika kerana ianya amat mengagumkan. Untuk belajar dan mengetahui teknologi dan mendapat idea tentang bagaimana prosedur, rumus mana yg perlu guna dan philosophy kejuruteraan yang perlu diapply, itu semua tidak perlu, kerana anda mungkin akan pecah otak kerana tidak ada basic dan kemungkinan menyebabkan kita menjadi sewel sebelum dapat menguasainya, jadi tak usahlah kita membebani otak kita yang sekecil biji sawi ini. Apa yang kita perlu nikmati adalah hasil kepada teknologi ini yang kita boleh lihat dengan mata kasar malahan budak darjah dua yang cacat anggota sekalipun dapat menikmatinya.
So kali ini aku nak korang 'menikmati' teknologi kejuruteraan Mesin Angkut Kapal Berat.
Mesin Angkut Kapal Berat adalah sebuah vessel yang direka bentuk untuk mengangkut beban yang terlalu besar yang tidak dapat dikendalikan oleh kapal pengangkut yang biasa. Ianya terdiri daripada dua jenis: Semi-Tenggelam berfungsi untuk mengangkat kapal keluar dari dalam air dan transportkan ke sesuatu tempat; dan vessel yang mempunyai fasiliti untuk unloading beban berat ke pelabuhan.
Semi-Submersible SSHL Valetta Malta
Sejarah terciptanya teknologi ni bermula pada tahun 1920an, pada waktu itu Syarikat DDG Hansa melihat pertambahan permintaan perkapalan untuk mengangkut 'lokomotif siap pasang' ke Britisih India. Hal ini membawa kepada pembinaan Vessel Angkut Berat yang pertama di dunia, MV Lichtenfels dengan kapasiti 120 tan derik. Selapas Perang Dunia Kedua, DDG Hansa telah menjadi lifting shipping company terbesar di dunia.
Ilustrasi MV Lichtenfels pada dinar Bahrain.
Kemuncak kepada kehebatan teknologinya adalah pada tahun 1978 dengan memodified kapal pengangkut Jepun, MV Trifels dengan derik berkapasiti 320 tan. Tidak beberapa lama selepas kejayaan itu pada tahun 1980, DDG jatuh bankrap. Dengan peristiwa itu hanya tinggal dua syarikat sahaja yang memonopoli industri specialist kapal pengangkut berat iaitu Jumbo dan Mammoet (Biglift).
Foto MV Trifels
Semi-Tenggelam lebih biasa dikenali sebagai "flo/flo" iaitu float-on/float-off. Kaedah yang digunakan untuk mengangkut adalah dengan mengisi air ke dalam tangki balasnya sehingga penuh. Apabila proses ini siap, dek tengah vessel ini akan tenggelam di bawah permukaan air, membolehkan pelantar minyak, vessel/kapal lain atau kargo terapaung lain diposisikan di posisi untuk diangkut. Setelah itu, air daripada balas akan dipam keluar menyebabkan dek tengah akan naik ke permukaan dengan menampung beban di atasnya. Pada kerika ini adalah penting untuk memastikan sistem imbangan beban dikawal dengan betul oleh pakar yang terlatih.
Vessel Semi-Tenggelam selepas proses mengangkat kapal perang
Pada ketika ini pelanggan Vessel flo/flo yang terbesar adalah daripada industri minyak dan gas yang mana diperlukan dalam membawa rig gerudi telaga minyak daripada tapak pembinaan di onshore ke tapak pengerudian minyak di tengah lautan. Selain itu ianya juga digunakan sebagai towing truck dalam versi kapal laut untuk mengangkut kapal-kapal yang rosak balik ke limbungan kapal untuk dibaik pulih.
0 comments:
Post a Comment