Kenyataan daripada Menteri Besar Kelantan berhubung dengan pembinaan stadium baru negeri Kelantan;
Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat
rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana
Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali
dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini.
Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama
dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh.
Kerajaan berhasrat agar stadium yang akan dibina ini turut memuatkan ruang masjid
di merata-rata bahagian yang akan membolehkan penonton-penonton solat
berjemaah dengan mudah di dalam stadium.
Ini bagi merealisasikan hasrat
kerajaan negeri yang mahukan aktiviti sukan di negeri ini tidak
berpisah dari roh Membangun Bersama Islam yang menjadi dasar
pentadbiran kerajaan negeri. Bagaimanapun rekabentuk secara terperinci
terpulang kepada arkitek yang akan diberikan tanggungjawab ini nanti.
Cadangan
pembangunan stadium dan kompleks sukan ini terbuka kepada mana-mana
pemaju menghantarkan cadangan atas dasar BOT iaitu bina, operasi dan
pindah.
Saya berharap dengan pembinaan kompleks sukan ini nanti,
aktiviti sukan di negeri ini dapat berdaya maju dengan lebih baik ke
arah membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani insya-Allah.
Sekian.
YAB TUAN GURU DATO BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan.
Menteri Besar Kelantan.
1 comments:
dalam teks tu ada kata lokasinya di Bukit Merbau Pasir Puteh... tapi dalam gambarnya pulak tulis lokasinya di tunjung kota bharu... mana satu yang betul... dua lokasi yang sangat jauh bezanya tu
Post a Comment