Aurora ialah fenomena cahaya terang yang dapat dilihat di langit malam, biasanya di kawasan kutub.
Kerana inilah sesetengah saintis memanggilnya "aurora kutub" (atau
"aurora polaris").
Fenomena aurora di utara dikenali sebagai aurora borealis, yang dinamakan bersempena Dewi Fajar Rom, Aurora, dan nama Greek untuk angin utara, Boreas.
Ini kerana di Eropah ia kerap dilihat kemerah-merahan di ufuk utara
seolah-olah matahari akan terbit dari arah tersebut. Aurora borealis
juga dipanggil cahaya utara, dan selalu terjadi di antara September dan Oktober dan Mac dan April.
Fenomena aurora di selatan, aurora australis atau cahaya selatan, mempunyai sifat-sifat yang serupa.
Aurora australis 1994 dari Bluff, New Zealand