Sila klik untuk derma

Wednesday, 4 January 2012

Cerita Nur Amalina betul sungguh

Inilah produk yang dibangga-banggakan oleh negara Malaysia. 17A1, what the hell??? anda seorang yang geniussss. Anda semua ingat senang ke nak dapat A's sebanyak itu, bukan calang-calang beb.. Rakyat di Malaysia menjadikan Nur Amalina sebagai idola, kerana berasa bangga dengan tahap kegeniusan Nur Amalina tersebut. Tapi anda silap, semasa berborak dengan salah seorang kawanku di tempat kerja tadi, beliau berkata "Nur Amalina memang seorang yang Genius, tetapi 'mereka' lagi lebih Geniusis." Siapakah 'mereka' yang dimaksudkan oelh kawanku itu?

Aku cakap kat kawan aku tu, "member aku pun ramai yang pergi UK, tapi takde pun jadi macam si Amalina tu" kawan aku tu pun membidas balik, "kawan-kawan ngko tu bukan tergolong daripada golongan yang Genius". What the pork!!! 

Jadi persoalannya siapakah 'mereka' yang dimaksudkan itu? menurut kawan aku 'mereka' itu adalah mat salleh merangkap kapitalis atau yahudi yang lebih genius, merosakkan orang Melesia yang genius, supaya Islam yang genius terosak kegeniusannya. Orang Melesia menganggap mereka genius kerana melebelkan Amalina seorang budak yang genius walhal mat salleh lagi genius. Selamat menonton klip di bawah, mengenai pengakuan Nur Amalina mengenai kegeniusannya yang tiada tolok bandingan.

Betul sungguh kata Ustaz Azhar

Orang puang kalu sikit-sikit ngajuk comel lah.. Kalu ngajuk pah ceroh, tu sifat yang tercela. Nauzubillah.. betul kata ustaz ni, Aku setuju benar la. Kadang-kadang perempuan yang suka merajuk tak tentu pasal ni buat aku serabut kepada hotok. Rasa benci makin lama makin bersemi dalam dada ku. Mula la lepas tu rasa nak cari yang lain. Ikuti ceramah di bawah...

Tuesday, 3 January 2012

Ultrabook yang tersangat 'sejuk'

Untuk post kali ini aku nak menceritakan sedikit mengenai trend komputer terkini iaitu Ultrabook. Istilah Ultrabook merupakan istilah yang digunakan untuk mendefinasikan laptop atau notebook yang super ringan dan super nipis. Juga istilah ini pada asalnya adalah trademark Intel sebagai nama panggilan untuk gadget terbaru yang super cool ini.



Buruk betul sungguh rupa harimau ni

Mari kita menghayati muka seekor harimau putih yang menyelam di dalam air. Harimau ini terpaksa menyelam kedalam air semata-mata untuk mendapat seketul daging kecil yang dicampakkan oleh penjaganya. Kesian.. Sila tengok rupa buruk harimau berkenaan di bawah ini.






Betul sungguh cantik gambar dari angkasa lepas


Colonel Douglas Wheelock juga dikenali sebagai @Astro Wheels dalam twitternya, telah mentwitkan  gambar-gambar kepada followernya sejak dia mendarat di bumi dari ISS. Gambar-gambar yang di ambil dari angkasa sungguh awesome. Indah sekali betul sungguh!!

Gambar 1 : Kapal angkasa Soyuz TMA-01M diangkut menggunakan keretapi ke tapak launching. Kapal angkasa ini lah yang akan membawa pulang para angkasawan yang menetap di ISS termasuklah Colonel Douglas Wheelock.

Harga Minyak Dunia Akan Melonjak Ke Paras AS$250 (RM750) Setong?




Nampaknya jika benar-benar Amerika Syarikat (AS) & kesatuan Eropah (EU) bertindak mahu mengenakan sekatan baru terhadap Iran, yang untung siapa sehingga bakal menyebabkan harga minyak dunia naik mendadak? Negara-negara minyak seperti kita inilah, Malaysia, Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Brunei termasuklah Tehran sendiri.
Ketua Suruhanjaya Ekonomi Parlimen Iran, Arsalan Fathipour kalau Amerika Syarikat & kesatuan Eropah (EU) masih meneruskan sikap degil dan bongkak mereka, harapan untuk melihat harga minyak dunia akan mencecah US$250 setong bersamaan sekitar RM750 setong.

Monday, 2 January 2012

Ustaz Azhar Idrus bersama Zizan



Penampilan Ustaz Azhar bersama Zizan Maharaja Lawak. Barang rare ni... Selamat menonton.