Sekarang ni aku tengah dalam pembelajaran dan ulangkaji untuk ambil Sijil kekompetenan dari JKKP/DOSH untuk menjadi seorang Steam Engineer Gred 2. So banyak jugalah sepatutnya aku study tapi realiti sekarang aku tidak berada dalam keadaan 'sepatutnya' tu. Susah untuk mencari masa yang sesuai kerana jadual aku terlalu pack surfing internet dan berjoli sana sini. Oleh hal demikian, dikesempatan ini, aku postkan sesuatu yang berkaitan dengan ulangkaji aku tu untuk berkongsi pengetahuan bersama anda semua disamping membantu aku untuk buat sedikit revision berkenaan dengan Pendaftaran boiler, soalan yang agak favorite bagi penginterview nanti.
