Sila klik untuk derma

Tuesday, 31 January 2012

Gambar Perang Betul Askar Amerika Dalam Ops Al-Fajr Bahagian 1 (22 Pics)

Operasi Al-Fajr (Terbit Fajar)





Askar daripada Briget ke-3 Pasukan Tempur Gerak Khas Batalion ke-2 infantri ke-2 menerima iringan daripada helikopter AH-64 (Apache) dalam perjalanan ke Fallujah 4 Nov. untuk menjalankan Operasi Al-Fajr, operasi yang melibatkan rampasan kembali kawalan ke atas bandar daripada tangan pemberontak (kononnya).

Monday, 30 January 2012

Kapal Delta Mariner Langgar Jambatan Betul


Delta Mariner yang membawa komponen roket ke Cape Canaveral dan Vandenberg (California) Pengkalan Tentera Udara untuk United Launch Alliance telah merempuh sehingga luluh Jambatan Eggner Ferry di Lebuhraya U.S. 68 dan Lebuhraya Kentucky 80 pada Khamis lalu.

Tiada kemalangan membabitkan pengguna jalan raya ketika tragedi itu, merupakan keadaan yang amat jarang berlaku. Selamat....




Saturday, 28 January 2012

Pulau Tioman

Pulau Tioman merupakan sebuah pulau di sebelah timur Semenanjung Malaysia, di antara sempadan Pahang dan negeri Johor. Pulau Tioman sebenarnya terletak dalam pentadbiran negeri Pahang Darul Makmur. Bentuk pulau Tioman dari udara seperti seketul paha ayam .

Pulau Tioman merupakan sebuah pulau yang terkenal dikalangan peminat sukan menyelam (scuba). Pulau Tioman diberkati dengan keindahan semulajadi terumbu karang dan berbagai ikan.


Bandar Shanghai

Shanghai pada hari ini bukan sahaja maju dari segi sains dan teknologi, perdagangan, pusat keewangan dan maklumat di China, malah ianya adalah tempat kepada asimilasi dan pertukaran budaya antarabangsa. Shanghai telah membangun  sebagai bandar metropolis dunia sebagai pusat ekonomi dan perdagangan dunia yang terpenting. Juga sesetengah pihak mencadangkan agar ia menjadi bandaraya global dunia pada masa hadapan. Kebanyakkan media maistream antarabangasa menghuraikan Shanghai sebagai "model kepada pertumbuhan ekonomi dunia yang paling pantas.



  

Nyamuk Gergasi Betul Ditemui

Penduduk di Kampung Sumarran di Sulawesi Barat digemparkan dengan kehadiran seekor nyamuk gergasi berukuran tujuh sentimeter dan mempunyai sayap berukuran 2.5 sentimeter.

Haiwan tersebut ditemui bersama kumpulan nyamuk lain di sebuah masjid ketika para jemaah mahu menunaikan solat Maghrib. Para jemaah kemudiannya menangkap nyamuk itu beramai-ramai.

Jika nyamuk ini menghisap darah manusia, cuba anda bayangkan akibatnya.

Friday, 27 January 2012

Alat Betul Idaman PDRM Untuk Pau Duit

Peak Gains Systems Inc. memperkenalkan 'CORDON multi-target Photo Radar System'. CORDON mempunyai keupayaan untuk memantau sehingga kepada 32 kenderaan merentasi empat lorong sama ada arah datang atau pergi.



Ia menangkap imej sudut lebar untuk menangkap beberapa sasaran dan ia merekod imej 'close up' kenderaan yang bersalah dan plat lesennya. Ia merekod plat lesen dan kelajuan kenderaan. Kelajuan kenderaan yang bergerak di bawah kelajuan yang dibenarkan muncul dengan warna hijau, kenderaan dalam julat kelajuan yang sesuai menunjukkan warna kuning dan kenderaan melebihi julat yang sesuai muncul dengan warna merah.

CORDON kelihatan seperti projektor video yang lebih besar dan boleh dipasang pada mana-mana objek yang stabil termasuk tanda-tanda overhed, treler tanda pembinaan atau pada treler kelajuan. Ia juga boleh menentukan pelanggaran lorong bas dan teksi melalui pengecaman plat lesen.

Ia termasuk navigasi GPS / GLONNAS untuk merekodkan lokasi pelanggaran. Data disimpan di dalam kad SD yang dienkrip (encrypted) dan boleh distrim melalui wayar atau tanpa wayar kembali kepada pelanggar itu.

Peranti ini akan dijual di Amerika Syarikat pada tahun 2012. 

Thursday, 26 January 2012

Gambar Pejabat Facebook Yang Menarik Betul Sungguh (17 Pics)

Post yang lepas aku ada post gambar ibu pejabat google yang menarik iaitu Googleplex. Untuk kali ni kita tengok pula gambar ibu pejabat Facebook. Mana lagi menarik boleh bandingkan.